Farah gian batang

Pengeluaran tanaman jangka pendek ini bukan saja dapat mengurangkan import negara, malah memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha.

farah gian batang-18

Menurut Nor Hashikin, bermodalkan 500 bongkah cendawan tiram putih yang dibekalkan Yayasan Prihatin Rakyat Kedah (YPRK) awal tahun ini, mereka sekeluarga nekad mengusahakan tanaman itu secara serius.

Katanya, modal awal yang dikeluarkan berjumlah RM3,000 untuk membina bangsal dilengkapi rak kayu bagi menyusun bongkah cendawan.

“Saya berharap lebih ramai berminat menjadi usahawan cendawan dan kejayaan kumpulan perintis ini membuktikan projek ini menjamin pendapatan tinggi.

“Harga jualan dari ladang sekitar RM10 sekilogram di sini dan RM15 sekilogram di Langkawi,” katanya.

Sebelum ini dua beranak, Nor Hashikin, 31, dan bapanya, Khalid Abd Manaf, 53, dari Kampung Jelutong, Sik, Kedah, hanya memperoleh pendapatan kira-kira RM500 sebulan hasil menoreh getah.

Menyahut seruan mengubah taraf ekonomi selepas terjejas teruk akibat kejatuhan harga getah, Nor Hashikin tampil mengusahakan tanaman cendawan tiram putih atau nama saintifiknya Pleurotus florida, sejak awal tahun ini.“Suhu tidak boleh terlalu lembap atau terlalu kering untuk mengeluarkan hasil selain tidak boleh terdedah kepada sebarang jenis asap,” katanya.Nor Hashikin berkata, cendawan juga memerlukan pengudaraan yang baik, cahaya malap dan serata, serta tidak boleh terdedah pada matahari kerana boleh membantutkan pertumbuhannya.Suraya berkata, tiga lokasi paling banyak mengeluarkan cendawan ialah daerah Sik, Pendang dan Padang Terap.“Kita melawat tempat penanaman cendawan ini untuk menilai sebelum memberikan peruntukan tambahan kepada peserta bagi membantu mereka menggandakan pendapatan.“Biasanya, pada waktu pagi kami boleh mengumpul kira-kira 14 kilogram (kg) cendawan dan 16 kg lagi pada sebelah petang sebelum dijual RM10 sekilogram kepada pembeli.

Tags: , ,